Assalamualaikum.....
Ok, pepagi yang mendung, aku masih terbaring sambil mengadap laptop. Sakit segala sendi tulangku gara-gara menolong kawan menyiapkan kedainya barunya. Consult apa yang patut untuk kedainya.
Mau dipanjangkan cerita, kawanku ni memang ada buka Restoran masakan Afrika. Most of her customer is Nigerian. Jadi baru-baru ni kedainya di samun secara berkumpulan. Kerugian hampir mencecah rm20k. Termasuklah sales malam tu, cermin dipecahkan,pelanggan restoran di rompak, cash register dimusnahkan dan banyak lagi lah. Dipercayai ia lakukan oleh ahli gengster di sekitar tempat kejadian.
Aku ada di tempat kejadian 15 minit selepas kawanku kol. Nasib dekat dengan rumah. Memang seharian la tolong jaga kedainya memandangkan dia dan suaminya berurusan yang berkaitan dengan restoran mereka. Aku di situ sebab semua pekerjanya juga adalah Nigerian dan tidak fasih berbahasa Melayu. Jadi, kalau sesiapa ada datang, aku bisa layan dlm bahasa Melayu jugak..
Ok, kejadian berlaku pada jam 4.45 pagi. Sebanyak 3 bijik kereta peronda sampai dan TIADA satupun dari mereka melihat kejadian rompakan yang berlaku di kedai kawanku pada ketika itu. Mereka juga membuat tangkapan beberapa orang Nigeria. Aku ndak tau kenapa Nigeria itu ditangkap sebab sebelum kejadian rompakan itu, tiada sebarang pergaduhan di restoran kawanku melainkan mereka lari lintang pukang kerana sekumpulan pengacau telah membuat kacau dan merompak di kedai kawanku. Of course, mereka lari untuk selamatkan diri.
Setelah kejadian, kawanku dan suaminya pegi la ke balai polis untuk buat laporan polis. Aku andaikan pegawai akan dihantar untuk menyiasat kejadian di kedai kawanku seawal yang mungkin tapi andaianku meleset. Pegawai penyiasat hanya datang pada sebelah tengah hari. Dalam pukul satu. Sebelum polis datang, pihak management lot kedai itu datang untuk buat inspection. Minta pihak kawanku kasi bersih tempatnya. Geram jugak dengan management berkata " Ini kes gaduh sesama mereka (Nigeria) jugak ni".
Haaa... terus langsung buat kesimpulan? Datang-datang trus buat assumption kes gaduh? Aku geram jugak. Jadi aku pun kata " Apa pulak kau kata kes gaduh? Kalau mereka bergaduh, kenapa ada orang India dan Melayu datang tiba-tiba pas tu baling meja, kasi pecah cermin, ugut customer, rompak customer dan amek cash di cash register? Jangan main cakap terus kes gaduh arr.. Belum tengok cctv trus cakap kes gaduh. Ini adalah kes rusuh dan samun berkumpulan. Yang buat ni orang Malaysia! Pengawal restoran di kedai bawah tuh!". Orang management tu terus terdiam.
" Jangan kasi bersih sampai polis datang. Owner kedai tu kol aku tadi tunggu IO datang jam 10 pagi. Manatau mereka mau amek gambar kes"
" Ok" kata orang management itu.
Sampai sekarang kes masih dalam siasatan. Dalam tempoh siasatan, pelbagai ragam manusia kami kenal dan sedikit sebanyak kami mengetahui aliran gengster. Banyak la nama-nama kumpulan kami dengar. Tapi aku cukup mengetahui kewujudan mereka. Pekida, 30, 77 yang sangat popular. Banyak cerita buat aku berkata
" Haaaa.. biar betul", pasal kumpulan ini tapi kiranya, tak elok aku komen di sini.
Ada seorang kenalan minta pihak kawanku 'meletakkan' penjaga di situ. Tapi harganya pun, boleh tahan juga agar kejadian sedemikian tidak berulang. Kawanku beranggapan dia tiada keperluan untuk meletakkan penjaga di situ memandangkan dia hanya membuka restoran. Bukan pub. Dia fikir juga, biznes pun ndak berapa lancar selepas kejadian tersebut, mana lagi gaji pekerja mau di bayar, lain lagi sewa kedai.
Tapi ini kenalan betul-betul minta kawanku letak jugak. Siap berkata "Aku ndak percaya undang-undang. Orang atasan semua boleh di beli. Bagus kamu berlindung dengan orang-orang macam kami ni sebab dorang ni pun beli orang atasan dan undang-undang. Asal ada duit semua boleh beli. Termasuk nyawa orang. "
Aku tergamam. Aku marah jugak la sebab dia beranggapan sedemikian. Dia ingat gengstrisme bisa menyelesaikan semua masalah tanpa melalui proses undang-undang? Mau jugak ku cakap, kau buat kerajaan sendiri la baru. Kita tengok kerajaan kau buat ada undang-undang atau tiada. Haisssh... tapi memang dia ni bangsa ndak mau kalah kalau bercakap. Dia lah semua hebat. Amekmu medal. ekekeke..
Bagi aku ada baiknya kenal mereka yang ada kumpulan sedemikian tapi kena faham aliran mereka. Apa yang mereka perjuangkan dan bagaimana kumpulan mereka beroperasi. Bagi aku tiada guna menunjuk hebat seperti kenalan seorang ni. Dia bercerita pang pung pang pung, riuh sekampuang. Bercerita tentang kehebatannya bergaduh dengan orang sebab baginya, ada orang lindungi dia jika sesuatu terjadi terhadapnya.
Tiada guna mau berkata diri hebat. Ada ilmu. Ada orang. Dia memberikan gambaran kumpulan yang dia ikuti terlalu ganas kebal dari tindakan undang-undang. Tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Yang aku tahu, orang yang cintakan keamanan menolak sebarang keganasan. Perjuangan mereka melindungi hak-hak yang telah di zahirkan, bukan mencari keganasan untuk selesaikan masalah.
*Alhamdulillah, diaku berubah dan cintakan keamanan.* :)
Why I Can Never Be A Food Blogger
6 days ago
0 pengomen:
Post a Comment