skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Lisa Ali
Tawau, Sabah, Malaysia
A slave to Allah The Almighty, a daughter to Ali and Nor, a sister to Semang, Selang, Jima and Dendut. An engineer with various experiences. A lover to a ex-representative product. Untrusted friend to all her trusted friends. And guess, you will never wanna know me for further!
View my complete profile

Arkib Blog

Blog Kawan

  • Maria Elena
    Why I Can Never Be A Food Blogger
    1 month ago
  • The Unexpected Journey of My Life....
    Biskut..
    2 months ago
  • Lulu pages
    Top Graphics Card for Dell Optiplex 1030 160 170l 2010 2021 2030
    3 years ago
  • UnaChenta
    Sebenarnya masih ada yang membaca blog Unachenta !
    5 years ago
  • B'jue Corner
    10 Foods to Boost Male Health From WebMD‏
    5 years ago
  • FIRMAN KAI BIN THOMAS
    Jual Telur Asin di Kabupaten Barito Selatan
    6 years ago
  • KEDAIRUGBY BLOGSPOT
    WORLD CUP 2019
    6 years ago
  • .
    Reasons Why Young People Are Getting More Interested in Golf
    6 years ago
  • DEAR HAFFIZ!
    Pantai Pink Pulau Komodo Ini Memang Rare! Dekat Mana Ni?
    6 years ago
  • HANYA DI SINI SEGALANYA
    Daftar Harga Bedak Tabur Make Over
    6 years ago
  • Massna Syamsul
    Sebelum disahkan hamil, apa yang berlaku?
    7 years ago
  • OrdinaryGall^^
    edaarbain
    8 years ago
  • penmerah penbiru
    Percutian ke BUSAN dan Pulau Jeju 2016
    8 years ago
  • k..Thx.. ba i
    Bukan dengan Emosi
    8 years ago
  • Azura Banyak Cakap
    Dirogol Bergilir-gilir Dan Dicampak Ke Parit
    10 years ago
  • Le Chevalier d'Aurora
    Setakat ini tulisanku, disini akhirnya
    10 years ago
  • Dari Hawa ke Hawa
    Al kisah aku kini seorang ibu
    10 years ago
  • ..:: 8UTTERFLYFROST ::..
    PANDUAN PENANAMAN CENDAWAN
    11 years ago
  • Jawatan Kosong Terkini di KERAJAAN, BANK, PETRONAS, TELEKOM, MYBANK, SHELL 2010
    Sukses Karena Pakai Software Jadiberhasil.com
    11 years ago
  • MACAM MACAM ADA
    10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak)
    11 years ago
  • Khairunnisa
    Sehingga kaki mula melangkah, semula.
    11 years ago
  • Lisa Ali Cakap...
    sempena Pru13
    12 years ago
  • ~Somewhere Anywhere~
    Wordless Wednesday #24 | UPSR
    12 years ago
  • ♥ @LaM FaNt@s!Qu ♥
    .::Save the Date.::
    12 years ago
  • she wears everything
    Dyan Unnie is heyahhhh!
    13 years ago
  • isephia
    faith
    13 years ago
  • MISZPENDITA BloG
    Saya iLang slama 2 bulan 17 ari :'P
    13 years ago
  • jeJaRi-Pitik
    Berpindah dengan rasminya… tq!
    13 years ago
  • .LindaZain.
    .teruskan menulis.
    13 years ago
  • RED GIANT & RED DEVILS
    JOB FEBUARI 2012
    13 years ago
  • Hasnulizam Bin Hassan
    Garisan Masa di Muka Buku
    13 years ago
  • SiTuAsi Ku....
    Urban renewal
    13 years ago
  • ♥♥♥ Pena Hati Ku ♥♥♥
    Selamat Hari Lahir BUNDA!!!
    14 years ago
  • My Blog, My Cad Design and My Life
    A Practical Way of Selecting Entities: QUICKSELECT
    14 years ago
  • Bitter Sweet
    Groupon Takes the World
    14 years ago
  • Blog Informasi Untuk Semua
    JIWAKU MERINTIH LAGI
    14 years ago
  • Padat memadat
    x jadi p KK
    14 years ago
  • ~sTay WitH Me ~
    Program terakhir b'sama Warga SMKTT
    14 years ago
  • Kembara Mencari Erti Hidup
    "Bahlut" - Kisah anak muda kaum Semai
    14 years ago
  • Permata.Hati.Ibu
    ErTi TanGisaN WaniTa
    15 years ago
  • Silat Cekak Ustaz Hanafi (Tawau)
    Gimik & Demo Persatuan @ Kalabakan
    15 years ago
  • coretan seorang bloggers tawau
  • rinadorinabahar
  • Sempoiii bahh
  • cAk-LemPonG!
  • kenz_chang speak ^^
  • Si TINTED YANG CENGENG
  • Ellen
  • ♥MamaGee's Blog♥

Sokong Indie Band

Link Radio online. 100% muzik buatan orang kita

http://www.on9fm.net/

Pengintip Blog

Powered by Blogger.

About

Kategori

  • Azlan and Typewritter
  • dorg dan mereka
  • tawaubloggers

Followers

Jam

Tweet Tweet

Lisa Ali Cakap...

Aku cakap apa yang aku mau cakap! Mengerti?

Apa yang anda tahu pasal ragbi?

Monday, December 19, 2011

Assamualaikum!

Agak lama aku tidak meng'post' sesuatu diblog kesayanganku. Agak sibuk sikit dengan aktiviti semenjak balik dari KL tempoh hari.

Ada sebenarnya draf telah ku buat tapi [mesti ada tapinya.sungguh alasan!] balik-balik tertangguh. Aku cuba untuk menghabiskan malam ni jugak.

Hari sabtu lepas, Kejohanan Ragbi 10's Sabah Softwood anjuran Persatuan Ragbi Tawau dengan kerjasama Sabah Softwood Sdn. Bhd. Ini adalah kali ketiga aku mengikuti perlawanan Ragbi di Tawau ni dan seriously, aku masih belum mahir dengan pengiraan mata biarpun telah diajar beberapa kali oleh orang kuat ragbi.

Lasak tak lasak. Ada orang kata ragbi ni sukan lasak selasak lasaknya. Yalah, kalo diikutkan, ramai-ramai rebut sebiji bola dan masuk ke gol sendiri. Kalau bola sepak, bola masuk ke gol lawan.

Tapi bagi aku, sukan ragbi tidak selasak dan seganas yang mereka sangka. Pertemuan pertama dengan Encik Masran dan Encik Gilbert tahun lepas, ini yang mereka tekankan. Ragbi tidak seganas tidak seperti yang orang lain fikirkan. Sebut ragbi, fikiran ter'connect' lah patah riuk, luka lebam. Kalau diikutkan, tiap sukan outdoor memang ada cabaran dan bahana nya. Tiap pemain akan diajar mengenai keselamatan bermain agar tidak mencederakan diri sendiri ataupun pihak lawan. Jika cedera pun, ia dalam range yang minimum.

Aku sebenarnya lagi memahami cara permainan bola sepak. Pengiraan mata pun senang. Masuk gol, kira satu. Dan aku mempunyai team kegemaran iaitu skuad Harimau Muda, Manchester United dan Real Madrid. Mereka mendapat liputan luas dari media massa. Oh, aku terbayang kelincahan Roberto Carlos membawa bola dan sepakan penjuru nya hampir kepada 0 darjah. Dem, he's hot!!

Aku cakap pasal ragbi ni, bukan sebab apa. Secara peribadi, aku terkejut dengan pendedahan dari temuramah bersama DR K.H Tan,chairman of the coaching and development management committee of Sabah Academy for Rugby Excellence merangkap Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Sabah. Tawau telah menghantar 3 orang budak TAWAU ke New Zealand untuk digilap bakat mereka sukan ragbi. Dan ini langsung tidak diketahui hatta dari kawan-kawan blogger yang lain agak terkejut dan kagum dengan pendedahan yang dibuat oleh Dr. KH Tan.

Bukan itu sahaja, pelbagai kejohanan Malaysia di luar negara yang boleh dibanggakan tetapi tidak mendapat liputan meluas seperti bola sepak negara. Malah Tawau juga mempunyai pemain bertaraf antarabangsa seperti Encik Zamorin dan Encik Ambo [sekadar menyebut nama yang aku biasa dengar].

Aku google ranking Malaysia di IRB,[International Rugby Board). Malaysia berada di tempat 61, berada pada ranking ketiga Asia manakala di Asia Tenggara berada di tempat pertama. Dan bila aku google ranking Malaysia di FIFA (Fédération Internationale de Football Association), Malaysia berada di tangga ke 155.

Sayang, ragbi Malaysia tidak semeriah di New Zealand sedangkan ragbi Malaysia pun memberi sumbangan besar kepada perkembangan sukan di Malaysia. Cuba tanya, siapa pemain ragbi kebangsaan Malaysia secara rawak. Aku jamin, tidak ramai yang mengetahui. Jika aku ditanya, aku hanya ingat satu nama sahaja. Lee Wai Ming kerana dia satu-satunya pemain ragbi berbangsa Cina dalam skuad kebangsaan. Lagipun dekat-dekat nama dengan Datuk Lee Chong Wei. :P

Ada beberapa cadangan yang boleh diperbaiki khas untuk ragbi di Malaysia. Aku cakap berdasarkan apa yang telah ku lalui sepanjang beberapa tournament yang aku ikuti di Tawau. [Cerita pasal Tawau tapi cakap pasal kebangsaan. Lantaklah!]

Dedahkan dan beri juga liputan yang meluas mengenai ragbi seperti mana Harimau Muda dapat liputan. Menang sukan Sea pun dibangga-banggakan sedangkan ranking ragbi pun tidak kurang hebatnya. Kalau pemain bola, putus tunang pun dicerita. Twitter pemain bola pun dikongsi di laman-laman sosial. Para pembaca lebih tertarik dengan kehidupan sosial mereka berbanding corak permainan dan prestasi mereka. Bukan nak jeles sama bola tapi apa salahnya column tersebut bercerita pasal sukan lain jugak. Be fair la.

Kikis tanggapan mengenai sukan ragbi lasak dan merosakkan padang! Sebenarnya, peraturan sukan ragbi ni telah beberapa kali dipinda untuk keselamatan pemain dan mesra padang. Cara mereka scram pun ada caranya agar tidak membahayakan keselamatan pemain dan padang itu sendiri. Memang agak ngeri tapi time aku tengok ragbi secara live, belum ada kes patah tulang hatta terseliuh. Pemain telah diajar dan didedahkan dengan ciri-ciri keselamatan dan semangat cintakan padang. Iya la, rumput padang bukan la murah-murah.

Pemain ragbi kena berbadan besar supaya dapat tahan dari segala hentaman dari pihak lawan. Dan ini tidak benar sama sekali. Ada juga pemain ragbi bersaiz kecil agar bisa lolos dari perebutan bola ragbi. Kombinasi dalam pemainan ini kena ada dan tidak bergantung satu saiz sahaja. Asalkan ada stamina cukup kuat dan lincah di padang. Iyalah, bukan setakat kaki jak dipakai, semua otot pun bergerak.

Dedahkan cara pengiraan mata ragbi agar para peminat sukan lain dapat mengetahui corak permainan ragbi ini dijalankan. Sesungguhnya cara pengiraan mata tidak sama dengan sukan-sukan yang lain. Pendedahan turut dilakukan di sekolah-sekolah agar ada pelapis pemain sekarang dan bakat-bakat baru sukan ragbi dapat dicari. Mungkin boleh diusahakan klinik ragbi.

Itu jak yang bisa aku cakapkan. Kesimpulan, sokonglah ke semua sukan yang ada di Malaysia asalkan tidak melanggar undang-undang. Jangan tertarik pada satu jenis sukan sahaja. Oppss.. ragbi pun sesuai dimainkan oleh wanita. Tak percaya, tengok gambar-gambar yang ada di laman facebook Tawau [www.facebook.com/tawaurian]

Eh, lupa. Aku mau kongsi video interview dengan Dr. KH Tan. Nampak sangat aku tidak bersedia. Aku tidak tahu dia adalah orang kuat kedua Ragbi Sabah sebab plan asal, interview pengerusi Persatuan Ragbi Tawau, Encik Asran. Dalam keadaan blur, kami terus buat rakaman video [sini
]. 2 soalan, Dr KH Tan hurai panjang-panjang. Alhamdulillah. Thank God! Pengajaran di sebalik video ini: Sentiasa bersedia untuk soalan dan lain kali tanya reporter untuk guide soalan. Anyhow, aku bukan reporter dan aku tidak tersengaja mahu mengganggu kerja reporter. Encik Amir, saya minta maaf!

Laman web rasmi Kesatuan Ragbi Malaysia {MRU) : http://www.mru.org.my/ver3/


[ehh..aku ndak suka tengok video ku sendiri. aku rasa suaraku macam katun2]


Dibebelkan oleh c Lisa Ali at Monday, December 19, 2011  

Labels: Kejohanan 10's Sabah Softwood, Ragbi 2011

0 pengomen:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License