assalamualaikum
cantik pulak tarikh ni hari. kali ni #Encikcina pulak buat kejutan. tak la besar sangat kejutan itu tapi boleh buat aku tersenyum.
dia tau aku agak [agak??] suka makan makanan jepun. [dulu aku tak suka makanan jepun]. so, dia blnja makan makanan jepun. best memang best.tapi aku ndak la makan banyak.sebab hari ni adalah hari memenuhi jemputan kawen sini sana.sampai ke kunak beb!
aku ni agak suka pigi tempat orang kawen. itu pun kalo time ndak da halangan dan aku free dan aku ndak lupa, barulah dapat ku pigi. suka tengok design pelamin mereka dan baju yang mereka pakai.muka dimekap cantik, tersipu-sipu atas pelamin.
dan mula la aku memasang angan-angan mcm mn design pelamin ku nanti. kahkahkahkah. macam2 la kunun. tapi nasib jakla aku ni ndak pandai melukis dan men'design'. [biarpun industrial drawing ku dapat A] ..
antara yang menjadi tumpuan bila aku ke majlis kawen adalah fotoG dan mak andam.
tengok sini sana, banyak betul suda jurufoto. DSLR sekarang ndak macam dulu. kebanyakkan DSLR adalah mampu milik. banyak amatur suda boleh jadi jurufoto. even adik ku paling bongsu tau macam mana mau tangkap gambar. tapi beza antara tiap jurufoto, adalah kreativiti mereka dan mainan warna bila di edit.
macam-macam aku tengok skill mereka shoot.kekadang sampai aku berkerut2 jugak dahiku sambil bercakap sendiri "macam mana hasilnya nanti yah?".ya, mereka mahir apa yang mereka buat dan setakat ni, belum ada ku dengar kawan2ku yang guna perkhidmatan fotoG ni merungut.ndak tau la kalo time aku nanti.ekekekeke...
aku suka ronda-ronda album fotoG yang aku kenal atau mana-mana page di internet.even dari oversea sekalipun.kalau yg oversea punya mostly aku tengok cara mereka tangkap gambar guna iphone mereka.ya, aku ndak ada iphone.orng yg janji mau tolong belikan ndak tau ke mana suda... susah mau berurusan.cepat mau duit tp barang ndak pandai sampai2..apalah! [masih lagi geram]
iya, Lisa Ali membebel lagi..
Kalau sebut mak andam, perkara yang aku akan tengok adalah mekap si pengantin. nama suda mak andam dan tugasnya mengandam. semestinya mak andam akan merias pengantin. err..ndak tau la jugak kalo ada mak andam tugasnya didapur jak.kalo aku pegi tmpt orang kawen dengan bestfriend ku, sure kami tengok mekap dulu baru tengok pelamin.tp aku bukan expert pasal mekap2 ni.
yg biasa aku komen kalo bedak dimuka penganti terlampau putih macam badut.atau gincu ndak cantik sampai muka hampir dilihat pucat.mungkin time mak andam pakaikan mekap tu, kurang atau lebih cahaya..boleh jadi kan? atau terlalu banyak aksesori dipakaikan hingga sarat mata memandang.exception pada pakaian tradisi.ehehehe...
susah sebenarnya mau penuhi kehendak orang lain.susah sangat!tapi mereka buat yang terbaik agar apa dihajati oleh customer dorang dapat dipenuhi.kalau teruk kerja mereka, memang kena kondem berabis dan akan dicanang sampai ke sedara2 lain.kalau dapat customer yang cerewet, matik lah!
aku pun ndak tau apa point aku membebel ni. tapi hari ni best dapat spent masa dengan #EncikCina biarpun dia sibuk sekarang dan adikku paling bongsu, Dendut. Aku rindu dengan adik perempuanku.
***teringat kes mak andam dan client nya bergaduh di Merotai sampai kes polis dan masuk hospital bulan lepas..
Ramadan berbeza kali ini
1 day ago
0 pengomen:
Post a Comment