Assalamualaikum
Aku baca status di Facebook kawan-kawanku, 60% mengatakan Tawau panas. Semalam, ketika aku menghantar encik cina pulang ke rumah, aircond kereta ku naikkan kepada aras 3 berbanding 1 atau 2 pada kebiasaannya.
Panas! Memang panas. Bila aku melihat ke luar tingkap keretaku, seolah ada kabus di bawah cahaya lampu jalan. Kabus jam 9 malam? Aku bukan berada di Kundasang. Dahi berkerut. Ini bukan kabus yang membawa dingin. Ini jerebu!
Biasanya jerebu dikaitkan dengan kebakaran terbuka. Aku pun mencari berita dalam dan luar negera jiran [ Indonesia, Filipina dan Brunei] mengenai kebakaran yang menyebabkan jerebu, tetapi tiada laporan kebakaran yang dilaporkan.
Aku Google sekali lagi dengan kata kunci "JEREBU TAWAU SEPTEMBER 2011". Dan aku telah dibawa oleh encik Google ke laman Maklumat dan Pemantauan Kemarau oleh Metreologi. Difahamkan Tawau akan menerima hujan 3% kurang daripada purata. Ini adalah disebabkan oleh Monsun Barat Daya [tiupan angin dari arah barat daya menuju ke arah timur laut] Angin ini bertiup dari bulan Jun hingga Oktober setiap tahun.
Tawau telah mencatat indeks 52 dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada awal September yang lepas. Ini termasuk dalam kategori udara tidak sihat. Dinasihatkan agar para warga Tawau memakai topeng penutup hidung dan mulut.
Monsun Barat Daya ini akan berakhir pada bulan hujung September atau awal Oktober. Dijangkakan hujan akan turun lebih kerap berbanding sebelumnya.
Sumber: Jabatan Metreologi Malaysia dan Berita Harian
Ramadan berbeza kali ini
1 week ago
3 pengomen:
adu na..tawau..panas....huhuhu.......tq geng! info ini..... tawau mari....
http://cayob.blogspot.com/
huhuhu... patut pun mencengkam jiwa... gilak betul panas kebelakangan ni.. huhu
Assalam alaikum
Tawau berjerebu atau berdebu? Mungkin kedua-duanya. Tapi apa yang aku tahu-Tawau memang "bersuhu panas."
Kalau berjerebu biasanya dikaitkan dengan pembakaran terbuka di sesuatu kawasan. Ataupun secara teori fizikal - pelepasan asap bahan bakar (kenderaan, kilang, dll).
Kalau bedebu biasanya disebabkan ketiadaan hujan - kemarau. Tanah kering kontang dan merekah lalu menghasilkan debu (dust). Apabila ditiup angin lintang (laminar) atau pusar (terbulence) debu berterbangan dan larut ke dalam vakum udara.
Baru-baru ini aku Balik Tawau, tetapi tidak lama. Seminggu sahaja. Ya-ya-ya Tawau panas, kering-kerontang, berjerebu dan berdebu, dan, dan, dan Tawau bandar-nya makin sempit berhimpit-himpit.
Kalau aku kaya, aku impot argentum iodida dari Jerman. Kemudian aku sewa pesawat pengangkut udara Charlie TUDM. Buat pembenihan awan. Supaya hujan turun di Tawau.
Adieu...
Post a Comment