Assalamualaikum!
Puasa dah hampir 2 minggu berlalu. Terus terang ku cakap, aku baru skali berbuka puasa di rumah akibat kesibukan ku dengan dunia luar. Mak aku merungut, bapak aku menjeling. Pelik dengan sikap anak perempuannya yang agak lincah semacam :)
Alhamdulillah, nasib parent aku bukan jenis terus menghalang untuk aku buat kerja yang ku minat. Hadiri function sini sana bukan untuk meng'glamor'kan diri tapi untuk memberikan info terbaik untuk tanah kelahiran sendiri dan secara automatik, nama Lisa Ali mereka kenali. Ada sesetengah mereka memberikan saguhati dan ada yang aku buat untuk suka-suka. Tidak mengharapkan ganjaran semata tapi jika ada, ia merupakan bonus untuk minyak kereta dan duit top-up handphone.
Biarpun begitu, ada juga pihak yang kurang senang apa yang cuba kami buat. KAMI means krew Tawaubloggers. Ada yang cuba untuk meng'api'kan kami. Nasib antara kami ada yang jenis cool dan boleh meredakan keadaan. Terus terang, kami juga bergolak akibat kata-kata nista dari orang luar yang inginkan perbalahan antara kami. Tahniah kepada mereka.
Kami menepikan soal sakit hati untuk menaikkan nama Tawau. Menolong mempromosikan Tawau biar tiada tajaan dari mana-mana pihak. Beberapa daripada kami turun padang untuk melihat sendiri keadaan Tawau jika ada pihak yang memanggil. Siapa mau buat kerja gila? Kerja tanpa sebarang imbalan tetap? Masa untuk keluarga jarang ada apa lagi dengan kekasih tercinta. Bukan ingin mengungkit tapi ada kalanya pihak di luar sana kena tahu siapa kami dan bagaimana kami 'gila' kami.
Ada yang berkata aku berkereta kerana aku rapat dengan orang kenamaan. Ampu sini sana untuk kepentingan diri. Aku tak faham apa erti RAPAT di mata mereka. Untuk pengetahuan, aku join Tawaubloggers setelah aku berkereta sendiri selepas 6 bulan kereta ini dibeli. Vios type J berwarna hitam model 2008. Monthly aku yang bayar dengan kerjaku sebagai seorang technologist. Dengan kereta inilah aku bergerak ke mana-mana bersama krew Tawaubloggers yang lain.
Perkembangan terbaru, aku bersama rakan kongsiku dalam proses membuka satu syarikat. Perlahan-lahan untuk aku melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Tapi bukan masanya untuk aku dedahkan. Insya Allah, sikit masa lagi. Pelbagai halangan tapi insya Allah akan cuba untuk menumbangkan satu persatu
Kami sedaya upaya untuk mempromosikan Tawau dengan bantuan daripada pelbagai pihak. Kami ada cara kami tersendiri. Ada yang faham dan menyokong, syukur alhamdulillah! Yang mencerca dan membenci kami, kami tidak boleh menutup mulut mereka untuk terus mengkeji kami. Tak apa. Teruskan lah. Manusia sentiasa jelek dan tiada yang sempurna.
Aku selalu berkata "Kami ni, ditolak ke kiri, ke kiri lah kami. Di tolak ke kanan, ke kananlah kami". Bukan kami tiada pendirian tapi jika ada pihak memanggil kami untuk buat liputan event, kami akan buat sebaik yang mungkin. Kami suka buat aktiviti seperti ini. Opsss..kami bukan reporter dan bukan tujuan kami mahu mengganggu kerja reporter.
Kawan dan lawan. Terima kasih kerana tanpa jemu memerhatikan, menegurku dan mencaciku. Warna warni dunia tetap akan tercorak biarpon aku tidak suka dengan tompokan hitam.. [Tapi keretaku warna hitam]
Ok, ini sahaja aku mau cakap. Tiada gambar yang aku mau letak di sini. Kalau mau tengok gambar-gambar dan aktiviti kami, bolehla melawat www.facebook.com/tawaurian. Selamat berbuka puasa
Malahah
2 weeks ago
5 pengomen:
Saya layan bah kalau kau lisa... hee
memang gila2 sudah kerja kamu ni Lisa.... heheheee...
peduli dengat kata-kata yang busuk itu, yg penting kita heppiii... :)
persetankan semua itu. yang penting kita happy.
mereka itu omong kosong saja!
Assalam alaikum
Ahoi Liz!
Sad ya cerita mu kali ini:]
Apa boleh buat Liz. Namanya kalau orang sudah ada "tempayan" sudah tidak boleh dielakkan lagi bahananya.
Rasa-rasanya kalu mereka-mereka itu yang jadi Lisa Ali tentunya mereka tidak akan "menempayankan" apa yang hendak "ditempayankan."
Tapi-Tapi namanya pun mulut tempayan. Otaknya juga barangkali. Hatinya pula bagaimana? Mungkin semua dan segalanya serba "tempayan." Dash and hellip kata Raja Petra Raja Kamaruddin.
Oh ya Liz. Tabahkan hati. Kuatkan komitmen. Cekal ya Liz dengan segala apa yang menjadi "tempayan" penghalang.
"Tempayan-tempayan itu kalau digelar "mereka yang tertewas" sememangnya cemerlang, gemilang, terbilang.
Adieu Liz...
Post a Comment