Assalamualaikum
Selamat pagi, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Hari ini, kita bertemu lagi dalam rancangan "Ermmm.. Sedapnya" bersama saya, Lisa Ali
Hahahaha... Ada gaya ka bercakap untuk jadi pengacara rancangan makan? :P
Sebenarnya aku ni tadik tengah tengok-tengok folder dalam PC ni. Jadi terjumpa la gambar-gambar yang meruntun perut ku dan terimbas semula percutian ku ke Lahad Datu bersama kawan baikku si Rina
Ok, kami ke sana pun ada urusan tapi sambil menyelam minum air. Sambil berurusan sambil cuti-cuti kunun.
Aku ni mau cakap pasal satu restoran ba sebenarnya. Punya sedap coto Makasarnya!!! Masih lagi teringat rasanya di tekak ku ni bila ku tengok gambar-gambar dalam folder ini. Ada sebenarnya rakaman video tapi ndak keluar pulak suaranya. Itu la sebab aku terbantut menyiarkan review mengenai restoran ini... Hadui..time tu tiba-tiba aku teringat kawan2 blogger di Tawau. Bestnya kalo dorang ada sekali ni
Restoran bernama The Best Lap Cafe. Ia terletak di Bandar Sri Perdana Lahad Datu Konsepnya adalah cafe santai. Boleh online percuma kerana ada WI-FI di sediakan. Aku melihat di sekeliling, pelbagai gambar motor besar dan aku dimaklumkan oleh pemilik restoran ini kebanyakkan pengunjung di sini adalah bikers dari pelusuk Sabah dan Brunei.
[Pelbagai koleksi gambar motor]
Menu taruhan adalah Coto Makasar! Memang yang terbaik. Struktur daging yang lembut, kuah sup yang begitu 'meriah dan mesra' dengan rempah ratus membuatkan aku bertambah nasi sepinggan lagi. Kawan baikku Rina memesan sup tulang manakala kawan ku seorang merangkap abang angkatku [Edy] memesan Nasi Goreng Udang Mayonis.
Keseluruhannya memang sedap dan terbaik. Gambar Nasi Goreng Mayonis ndak sempat aku ambil sebab si Edy lupa mau kasi tinggal sikit untuk aku amek gambarnya..
Try la pegi Best Lap Cafe yang terletak di Bandar Sri Perdana. Aku rekemenkan Coto Makasar nya. Memang terbaik! Psttt.. pas ni bolehlah kawan blogger yang bernama Encik Sudir belanja makan kalau aku ke LD sekali lagi..
1 pengomen:
perrggghhh.... blm lagi makan, tengok baca entri ni sambil amati gambar2 coto makassar ini sudah cukup untuk mengghiurkan perasaan untuk menikmatinya... wahhh... sedapp..
Post a Comment