Assalamualaikum
Pengalamanku bersama Projek Pistol di Arena Cafe. 29/06/2010
Setelah menyelesaikan beberapa tugas wajib, aku bersiap-siap ke Arena Café untuk bertemu dan beramah mesra dengan anggota Projek Pistol. Sememangnya tarikan adalah Edrie Hashim, antara gitaris yang disegani di Malaysia. Sebetulnya, kami telah bertemu tapi tidak bercerita panjang sehari sebelum majlis Hi-Tea bersama Tawaublogges.
Terima kasih kepada Encik Jamil Aziz dari Sumber Karya Muzik kerana memberi peluang kepada kami untuk menemubual mereka. Bersama kami adalah beberapa orang pemenang Slogan Terbaik Tawaurian yang kami anjurkan dengan kerjasama The Arena Café. Suasana santai dengan sanggar(pisang goreng) cheese dan spring roll yang menjadi menu petang itu.
[Abang Jamil Aziz]Aku meneliti watak anggota Projek Pistol. Edrie Hashim suka tersenyum, Boy Cliffs seorang yang peramah biarpun dia adalah line up paling muda, Pa’e kurang pendiam berbanding Zham yang…. ya ampun.. pediamnya bukan main…. Aku tak dengar pun suaranya petang itu. Mungkin si Zham ni jenis suka memerhatikan orang.
Aku bertanyakan soalan kepada Projek Pistol. Ada soalan dari aku sendiri dan Fans (Amir Anuar dan Ain Yasmine) dan soalan dari Budaini.com
Lisa: Kenapa memilih Tawau sebagai destinasi pertama untuk Jelajah Borneo?
Edrie Hashim: Sebenarnya, kita ada beberapa pilihan destinasi tapi saya lihat crowds Tawau memang happening. Kami mengumpul respon dari Facebook kami dan rata-rata berkata Tawau one of the best place. Lagipun kami ada Abang Jamil yang begitu hebat promotion nya.
Boy Cliff: Kira Tawau ni adalah laluan dari hujung ke hujung. End to end. So, kami mula di Tawau dulu, baru KK dan seterusnya Kuching
Lisa: Projek Pistol, Apa uniknya disebalik nama tersebut? Napa memilih pistol. Bukan meriam ka, machine gun ka?
Edrie Hashim: Hahahahaha… Soalan itu adalah jawapannya. Pistol bukan bunga tanjung or meriam. Kami mau orang tertanya-tanya kenapa Projek Pistol. Kira ini adalah salah satu langkah promotion untuk kami. Kami mahu nama kami melekat di hati peminat sebab pertanyaan mereka, “KENAPA?” Kalau orang fikir kotor, kotor la, kan?
Lisa: Kenapa memilih tempat tertutup dalam siri Jelajah Borneo? Adakah Projek Pistol tidak yakin dengan sambutan peminat di sini?
Edrie Hashim: Ok, sebenarnya ini adalah bergantung pada budget. Untuk pengetahuan, pihak kami terpaksa mengeluarkan budget sendiri dan dibantu oleh sponsors yang ada. Ambil contoh band dari oversea. Mereka tour dengan budget yang ada, tidak mengharapkan tunggu call dari dari mana-mana pihak untuk buat show. Ini inisiatif sendiri. Kami datang bukan berempat seperti yang you tengok sekarang. Kami ada lebih kurang 10 orang. Termasuk orang dibelakang tabir. Memang memakan budget yang besar.
Boy Cliffs: Alhamdulillah, penerimaan terhadap peminat memang baik. Sambutan menggalakkan. Macam abg Ed cakap tadi, ini adalah budget. We want to see the feedback from our fans. Kita ada abang Jamil yang banyak membantu kami dari segi promosi. Poster di van sangat attractive dan ianya memang terbaik!
Lisa: Saya dapat lihat ada 2 orang komposer/pencipta lagu dalam band. Bagaimana bentuk kerjasama antara Boy dan Edrie? Ada tak lagu yang pernah terhasil dari ciptaan kamu berdua?
Boy Cliffs: Ok sebenarnya lagu Wanita Seluruh Dunia adalah ciptaan kami berdua. Means, melody dari abg Ed, dan liriknya dari saya.
Lisa: Malam ni nak nyanyi berapa lagu?
Boy Cliffs: Semua lagu dalam album Projek Pistol.
Lisa: Ada lagu cover yang akan disampaikan ka ni malam?
Boy Cliffs: Ada tapi surprise. Tak best la nak reveal semua kan? Hahahaha..
Lisa: Antara semua, saya lihat Zham paling pendiam. Komen?
Edrie Hashim: Hahahahahahaha.. Pendiam ek? Saya pun sebenarnya pendiam tapi kalau takda orang nak cakap, siapa yang nak cakap? PR (Public Relation) kena ada. Kalau tak,susah orang nak kenal siapa Projek Pistol. Sejak Projek Pistol ni ditubuhkan, memang saya banyak cakap.
Boy Cliffs: I pon pendiam juga. Tapi kena banyak cakap.. Hehehe. Kalau you ikuti perkembangan PP dulu, front line PP bukan macam ada sekarang. Abang Ed la kiranya yang pelopor PP.
Lisa: Ada saya tengok video clip PP dulu, line up untuk PP bukan seperti yang saya lihat sekarang. Dulu ada Lola sebagai drummer. Adakah ini kira finalize line up Projek Pistol?
Boy Cliffs: Insya Allah ini la finalize tuk PP. Mudah-mudahan.
Lisa: Siapa tadi yang cakap dia lahir Tawau time interview di TawauFM? Lokasi Kem Lok Kawi, Hospital Besar Tawau?
Pae: Hahahahahaha… Betul! Saya lahir kat Tawau. Abah dulu military. But after 2 years, pindah ke Semenanjung tapi memang saya lahir kat Tawau. Patut la DJ tu blur semacam bila saya cakap Kem Lok Kawi. Bila tanya orang belakang nak confirm kan, dorang angguk. Jadi belasah je lah! Kecik-kecik dulu. Mana nak ingat. Tapi memang saya lahir kat Tawau
Edrie Hashim: Tu la aku baca tweet Lisa aku gelak. Lok Kawi di KK katanya. Bukan Tawau..
Lisa: Ok, soalan santai. Edrie Hashim, rambut tu yang mahal. Bagaimana jaga rambut yang cantik itu?
Edrie Hashim: Pakai PANTENE je! Hahahaha.. Ni Pantene kena bagi royalty kat saya ni. Tapi memang saya pakai PANTENE..
Lisa: Kata-kata terakhir dari Projek Pistol?
Edrie Hashim: Makanlah sayur-sayuran
Loyar buruk jugak si Edrie ni. Sebenarnya ada jawapan serius tapi aku ndak pandai olah bahasanya dan jawapan segala persoalan yang serius aku serahkan kepada yang pakar.. SisMaya.. :P Tunggu dia update
Sementara itu, aku mahu siapkan kerja yang tertangguh. Ni adalah gara-gara menyaksikan persembahan Projek Pistol di FIRE CLUBBING STAR. Lisa Ali ke Fire?? Tunggu kisahnya.
Saksikan video khas bersama krew Tawaubloggers [sini]
2 pengomen:
ok2... tejawab sudah... hehe...
i'm super jelez d0wh...huhuhuhu....
Post a Comment