Assalamualaikum...
Wow!! Jemputan kawen sini sana. Ada yang terpigi dan ada yang tak terpigi. Maaf, bukan sengaja ndak pigi tapi ada benda kena didahulukan.
Ok, asal blog ber'update', jadi aku mau berkongsi gambar-gambar yang sempat aku resize :)
[pas dari perkahwinan c ajek, lepak di Nostalgia. Makan buntut ayam goreng. but hye! aku tak makan buntut buat smentara waktu. DIET!]
Well, apa yang aku mau komen pasal aktiviti ku ini. Semua berkisar pasal perkahwinan. Tengok kawan kawen, aku pon rasa macam mau kawen jugak. Aku suka tengok perempuan yang telah dirias wajahnya. Cantik!
Next year, it will be my bestfriend punya wedding di Semenanjung pulak. Yuyun. Dia dah jemput awal-awal so aku dah beli tiket dan akan pergi ngn mak aku, macik-macikku. Last info aku dengar, kawan aku akan sanding di Putrajaya. Semoga selamatlah semuanya Yuyun.
Yok ku cerita sikit mengenai pelamin anganku. Hanya ada 1 orang sak yg tau bagaimana corak pelamin yang aku idamkan. Ntah dia ingat atau tidak. Aku pernah kongsikan gambar pelamin tersebut dengan dia seorang. Simple tapi cantik bagiku. Itu dulu... tapi sampai sekarang corak pelamin tersebut masih lagi ku ingat walaupun gambar pelamin itu telah hilang gara-gara laptop ku diformat. Citarasa ku masih lagi sama biarpun suda bertahun-tahun berlalu.
Aku sempat bercerita mengenai warna tema dan nasihat daripada kakak pupuku. Ada warna yang dia rekemenkan untuk aku dan memang aku sendiri pon terfikir untuk mau guna warna itu. Apa dia? Tunggu kalau sampai seru tuk aku berkahwin, akan aku reveal. Hahahaha :P Hey, tak salah berangan-angan biarpun calon tuk duduk disebelahku sudah 'hilang'
Bukan senang mau kawin. Fuhh!! Aku tengok orang kawen ni mcm senang sak tapi bila aku bercerita ngn c Acai, mmg banyak dugaannya. Hanya orang tahan hati sak boleh melepasi halangan ke jinjang pelamin. Jadi, aku ni belum lepas sebab belum tahan hati mau ke arah perkahwinan walaupun keinginan tu ada! Wahh!! Sangat berterus terang la Lisa Ali nie!
Dalam banyak-banyak orang, aku paling sukak tengok gelagat anak2 kecil. Lebih-lebih lagi kalau anak itu tembam! Ya Allah... Habis tu pipinya aku cubit2 tapi ndak la kuat. Mau aku dimarah oleh mak bapak budak tuh. Ya lah, adikku pun gemuk jugak dan aku ni pon gemuk jugak. Dulu-dulu habis pipi ku di cubit orang dan skarng tiba giliran ku lagi mencubit anak orang yang comel.
Ok, sudah. Aku mau layan lagu dulu. Here Without You.. Sambil-sambil men'transfer' gambar masok dalam hard disk ku. Hard disk yang penuh kisah sedih dan pilu! ahahahaha
Malahah
1 week ago
2 pengomen:
kirim salam sama ketam si rina yah..kwekwkwe
canteknya pelamin dorang c acai tuh!
Post a Comment