assalamualaikum.
bagus pembuka kalimah ku di atas ni kan..
harap-harap sesiapa yang berkata sumbang dibelakangku lepas ni terbaca luahan hati seorang perempuan hina ini
tak perlu ku ceritakan aku ni siapa. hari ini aku buat apa, hari ni aku makan di mana. ada benda yang aku tak perlu cerita pasal diriku lebih-lebih lagi sikapku.
kalau orang berkata aku sombong, aku terima. orang berkata aku jahat pun aku terima.orang berkata aku gatal pun aku terima, orang kata aku bermulut busuk aku terima. Bermacam-macam pendapat aku terima pasal diriku dan aku dengar dan sedaya upaya aku mau pekakkan telinga.
Aku manusia biasa seperti kalian. Aku takkan lepas dari mengumpul koleksi dosa dan kesalahan yang berulang-ulang kali biarpun ku kata "janji tak buat lagi". Himpunan pahala pun amat la sedikit. Ntah ada ada pahala atau tidak. Aku ndak dapat tengok buku catatan di bahu kananku.
Aku berkawan dengan mereka yang ikhlas menerima ku sebagai kawan.
Ada yang menghakimi ku tanpa mengenal aku lebih lanjut. Harunya bila ada yang berkata "si Lisa tu sombong" tapi mengenal ku hanya pada namaku sahaja. Ndak pa, teruskan menggonggong.teruskan canang.
Aku boleh get along tapi bersyarat. Jangan buat cuba aku PANAS...
Malahah
1 week ago
0 pengomen:
Post a Comment