Fuh, bangun-bangun terus mengadap laptop burukku. Tengok perkembangan dunia dan baca komen-komen terbaru ku di Facebook. Aku dan Facebook sukar dipisahkan. Uisseh!
Ketika aku di Semporna, aku dapat called dari seorang kawan lama. Kami ada sejarah bersama sebenarnya. Tapi sukar untuk diteruskan kerana masing-masing mempunyai masalah peribadi. Kami remind kawan sampai sekarang. Kawan baik. Mo dipanjangkan cerita, tiba-tiba dia minta alamat email Facebook ku. Wahh..satu perkembangan yang baik sebab dia dulu ni haram ndak mau main Friendster, Facebook atau lebih-lebih lagi blogging. Pas ni, aku mau tarik dia berblogging la sebab orangnya ni kuat berfikir. :P Jad, bermula la komen-komen di wall ku, wall nya hingga ke wall page Tawaurian.
Semalam dia mau minta aku tunggu selama 10 minit sebab dia mau AWAY tuk mandi. Dari dulu dia ni sukak mandi tengah malam. Berapa kali dipesan, jangan mandi tengah malam. Alasannya, badan melekit padahal ndak pon dia berjalan-jalan. Tunggu selepas 10 minit, ndak pandai muncul. Ok, aku tidur la selepas itu.
Pagi-pagi bangun, aku baca la komen-komen di wall ku dan wall nya. Siap ada message lagi kenapa aku hilang. Haduiiyaaii.. jam brapa jugak suda time tuh? Kepenatan punya pasal, of course la aku tidur suda. Dan sekarang ni, dia mungkin tengah tidur. Dan aku pon baca perubahan di wall nya. Ya, aku suka baca wall kawan-kawanku lebih2 lagi kawan yang aku kenal rapat dan aku minat untuk mengetahui perkembangannya. Ya, aku agak busybody sikit. Antara sebab aku diputusin sebab ada yang ndak tahan dngn perangaiku suka men'check' dan mengonar wall :P
Ada satu komen yang buat aku tersenyum tapi aku ndak marah dengan kawan ni. Sungguh langsung tiada marahku bila dia berkata aku adalah skandalnya. Dia banyak berbudi kepadaku dan ndak da salahnya untuk aku membantunya time dia berada di Tawau. Aku meminjamkan keretaku kepadanya untuk kegunaannya selama 3 hari di sini. Tanpa kereta urusannya tak akan selesai dalam masa yang singkat. Aku tidak berkira dengan orang yang berbuat baik kepadaku.
Aku tidak tahu menahu kami berskandal. Tetiba muncul perkataan skandal time dia berbalas-balas komen dengan adiknya. Aku tak kisah. Lucu pun ada. Dia seorang family man. Nak carik husband, carik macam dia ni. Hidupnya di KL tetap enjoy. Berkawan sini sana tapi belum pernah bercinta lebih daripada satu. Jenis yang setia. Tapi yang sengalnya, aku dia gelarkan SKANDAL pertamanya. Tapi aku ndak marah. Sebab ku tahu hatinya dan hatiku ku bagaimana. Kami sekadar teman :)
0 pengomen:
Post a Comment