Assalamualaikum..
Lisa in the houz!!! Hari ini adalah hari paling memenatkan dalam diari ku sebagai seorang pembantu kelas latihan silat cekak ustaz hanafi. Tiap ahad, aku akan ke sana sebagai pembantu kelas dan memegang amanat untuk mengajar ahli baru.
Yang aku cakap penat adalah beberapa orang tertinggal buah dan dalam beberapa minggu ni aku ndak ke sana gara2 aku terseliuh dan menyebabkan pergerakan tangan ku agak terbatas. Salah ku jugak sebab aku ndak pilih tempat tuk training.tempat ndak rata ku pilih. Sekarang ni, ok suda la. Sedangkan jatuhnya pun bahaya kalo ndak jatuh dengan betul, apatah lagi kalo buat buah dengan betul kepada penjahat...
eeehh...jap jap..chat dulu dengan kawan..banyak benda aku mok bebelkan tapi to be continue
New Year?
1 week ago
2 pengomen:
Assalam alaikum
Ahoi Liz, kau pembantu kelas latihan silat Cekak Ustaz Hanafi? Bukan main:)
Liz, mahu tanya. Apakah betul silat sekarang ini tidak seperti silat zaman Lima Orang Bugis Bersaudara atau zaman Hang Tuah?
Aku ada terbaca satu wacana yang mengatakan: "Silat hari ini hanya yang tinggal ialah bunga-nya. Aura-nya sudah tiada. Entah ke mana." Disebabkan kerana guru silat tidak mahu menurunkan seratus peratus ilmu silat kepada anak muridnya. Takut terbongkar seluruh rahsia ilmu silat.
Nah, Liz. Tempat berlatih silat, sama ada rata atau tidak rata rasanya sama sahaja. Kalau punyai keseimbangan dalam menggerak langkah rasanya tidak tumbang semasa beraksi. Atau apa kuda-kudamu belum mantap? :)
Adieu...
Waalaikumsalam
bukan main2 ni tuan.betul2 pembantu kelas ba aku nie..ahahaha..pembantu kelas adalah sama jugak dengan ahli tamat.kalo suda tamat pembelajaran, otomatik jadi pembantu kelas.fungsinya membantu jurulatih dan penolong jurulatih conduct kelas...
nampaknya pas ni aku mau bebel pasal silat la..khas untuk tuan :)
yang bestnya pasal silat ni, dia xda kekuda tuan.time jatok tu, aku cuba bagi buah dngn jadi, tapi over excited pulak. :P
Post a Comment