Assalamualaikum..
Baca tajuk ku di atas.. Aku rasa aku sekarang berada di KL pulak.
Kenapa? Macam aku ndak percaya aku jumpa artis lagi. Sejak 2 menjak ni, aku rajin pulak terjumpa dengan artis.
Begini ceritanya..
Aku ke Restoran Sri Keningau dengan harapan ingin memakan ikan keli goreng berlada. Sebab di situ yang menjual ikan keli yang sangat sesuai dengan seleraku.
Sampai di sana, aku tidak terus mengambil nasi tapi sebaliknya meninjau-lauk yang ada tapi sayangnya tiada ikan keli. Selera makan tengah hariku mati di situ. Tapi aku terpaksa makan juga takut gastrik ku datang. Jadi dengan rasa bangga aku memilih lauk ayam masak kurma dan nasi kosong.
Selepas aku memilih lauk, aku terdengar ada orang memanggil namaku
"Lisa.. Huuu... Lisa.."
Terasa diri ini sangat glamer. Siapa yang mengenal diriku tanpa penutup di kepalaku? Aku tercari-cari, siapa la yang kenal aku ni..
Pap! Depan mataku Encik Mansur (Pengurus PM Studio Bandari Sri Indah). Ohh dia yang memanggil2 namaku. Dan di sebelahnya pula macam aku kenal. Aku meletakkan pinggan di atas meja sambil berfikir dengan pantas. Laaaa.... Man Kidal rupanya!!! Terus aku meluru ke sana dan meninggalkan handbag serta makananku. Nasib ada tukang jaga barang-barangku di situ. Kalau ndak, mungkin pas aku jumpa Man Kidal, barang2 ku pun hilang sekali.
Kata Pak Mansur
"Ndak usah ku perkenalkan lagi ya Lisa. Tentu kamu sudah kenal ini syapa."
Pak Mansur, Pak Mansur. Dibuatnya aku cakap aku ndak kenal, siapa yang malu?? Nasib la aku ni alert dengan artis yang glemer. Err.. Kalo orang tu artis tapi aku ndak kenal maka artis itu ndak cukup glemer di mataku! Hahahaha
Sempat jugak bercakap sekejap dengan Man Kidal. Tiada banyak aku bualkan memandangkan aku sendiri dalam keadaan terkejut dan langsung tidak mempunyai soalan bonus untuk beliau. Kira tiada homework di buat.. ekekeke..(and of course aku bukan wartawan okieess). Aku sempat mengucapkan Selamat Datang ke Tawau dan mengambil gambar bersama beliau. Time jumpa tuh, beliau baru abis merakamkan bual bicara bersama DJ Zie (Radio Malaysia Tawau)dan rakaman temubual tersebut akan disiarkan esok, pada jam 2.30 petang di Radio Malaysia Tawau.
Pas tu aku mengambil tempatku semula. Nasib teman disebelah memahami dengan perangaiku. Aku sambung makan dan time rombongan Man Kidal beredar, beliau sempat lagi menyapaku dan berkata "Thanks a lot. Jumpa lagi". Dan ia cukup ku berkata
"WOW!!! Did you see that??!!! Dia sempat menegurku sebelum pulang. Dia yang hulur tangan untuk bersalam. Patut dia bertahan lama. Dia tak sombong. Sukaaaa...." kataku dengan orang disebelahku
Nahh.. sebab itu aku rasa aku ni di KL. Time aku di KL, aku selalu jugak terserempak dengan artis dan tak sangka time aku di Tawau pun aku slalu berjumpa dan terjumpa dengan artis. What a small world :P
Yok layan gambar-gambar di bawah
Malahah
2 weeks ago
3 pengomen:
semmatnya
wowwww, bergambar ngan artis ya.. tak tau plak man Kidal ada kat Tawau rupanya... kalau saya mesti tak perasan.. sebab Man Kidal dah nampak kurus sikit... heee
Gen2Merah:
Berkerut2 juga dahi time berpikir. Ekekeke.
Post a Comment