Assalamualaikum.
Macam best sak review pasal Iphone 4s dan terasa hati ini ingin memilikinya.
Baru sebentar tadi ada orang memberitahu barang yang ku pesan akan sampai dalam minggu ni. Apa ku pesan??? Iphone 4s ?????
Siapa memandai2 paham isi hati ini bahawa aku sangat inginkan beberapa items untuk diri sendiri.
Yang pertama, dari awal tahun aku bercita-cita menukar handphone ku. Semangatku ingin menukar apabila melihat beberapa kawanku telah meng'upgrade' handphone mereka. Handphone yang ku pegang sekarang telah bersama ku hampir 6 tahun. Keypad nya ada suda yang tercabut dan telah 2 kali menukar bateri. Kalau cerita soal jatuh, jangan cerita la. Rasanya macam beratus-ratus kali suda jatuh. Tapi masih setia bersama ku sehingga kini.
Yang kedua, sejak awal tahun lagi aku mau beli TV plasma untuk di bilik tidurku. Tak perlu besar sebab bilik tidurku ni pun bukan nya luas. Aku penggemar cerita yang ditayangkan di AXN dan FOX. Buat masa sekarang aku selalu berebut remote control dengan adikku paling bongsu. Dengan sebab itu, kehendakku memuncak lebih2 lagi jika aku berkurung dalam bilik manakala adikku pula sibuk dengan rancangan kegemarannya.
Yang ketiga, rim kereta. Haduiii...inila paling aku mau sejak aku pegang keretaku. Ada orang cadang, upgrade sound system nya. Aku rasa, aku akan upgrade kalau ku dengar speaker original suda pecah. Ekekeke.. Lagipun, sangat jarang aku bukak sound kuat2 kecuali bila aku dalam keadaan tertekan. Buka lagu punya main kuat tapi muzik, jenis meleleh air mata. Apa kes?? Orang bukak sound kuat2, dum dam dum dam tapi aku bukak sound lagu jiwang
Dan baru-baru ini aku di offer harga murah Ipad 2. Dulu aku berminat mau beli satu tablet seperti itu tapi minatku kurang bila ku rasa better lagi aku beli telefon. Tak cukup ditawarkan Ipad, blackberry curve pulak aku dibagi. Eh..bukan dibagi percuma tapi dibagi harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.
Argghh..nanti la dulu tu semua. Sebab aku tengah fikir, apakah betul mimpi ku tadi dapat iphone 4s?!!!! Mimpi oh mimpi, jadilah kenyataan.. Baik lah, sambung tidur lagi. Manatau pas ni dapat ketiga2 items yg ku mau! Ekekekeke... Good nite
Malahah
2 weeks ago
1 pengomen:
sabar Lisa.. beli satu persatu yaaa... hehehehe. saya pun dulu macam tu... orang beli baru saya pun nak jugak.. last2 bosan jugak... memang kehendak sukar nak kawal kalau terikut2 org.. ekekeke
moga kita jadi pengguna yang bijak ye...
Post a Comment